Sebagai ibu bapa, sudah menjadi keutamaan bagi anda untuk melihat anak-anak membesar dengan sihat & kuat. Namun begitu, pelbagai cabaran harus dilalui bermula daripada saat anda mula mendapat cahaya mata sehingga mereka berusia belasan tahun. Apakah cara untuk mendidik mereka agar mampu menerima pelajaran & berkomunikasi dengan baik dengan ibu bapa?

Perkembangan kanak-kanak merupakan saat penting bagi memastikan mereka dapat menerima persekitaran dengan baik & mengenali erti kehidupan. Ianya amat rumit bagi ibu bapa terutamanya apabila anak masih berada pada peringkat bayi. Ini kerana bayi hanya mampu berkomunikasi melalui tangisan bagi yang berusia 6 bulan ke bawah manakala pertuturan mereka juga kurang jelas & amat sukar difahami bagi yang berusia di bawah 2 tahun. Namun begitu, ianya bukanlah alasan untuk anda mengabaikan tanggungjawab   anda sebagai ibu bapa. Pemantauan perlu diutamakan agar mereka dapat mempelajari sesuatu dengan baik.

Menurut kajian, minat & perwatakan anak-anak mencerminkan impian mereka seawal umur 3 tahun. Anda mesti tertanya-tanya apakah personaliti & kehendak anak-anak anda. Untuk memastikan mereka dapat membesar dengan sihat & cergas, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan mereka tidak ketinggalan di dalam pelajaran & mampu untuk meneroka persekitaran dengan teliti. Selain daripada memberi perhatian yang lebih, ibu bapa juga perlu untuk membekalkan anak-anak dengan pemakanan yang sihat di samping memberi mereka ruang untuk mencuba sesuatu yang baru dengan syarat di pantau & diajar dengan teliti. Kanak-kanak sangat mudah menerima input kerana rangsangan otak mereka adalah sangat aktif & berkemampuan untuk mengingati sesuatu perkara dengan baik.

Jika anda rajin untuk memantau perwatakan anak anda, maka anda akan lebih mudah untuk mendekati & memahami mereka. Memastikan kawalan refleks & perilaku anak-anak dapat membantu anda untuk membentuk perkembangan mereka. Cara didikan juga bakal membentuk personaliti anak-anak seperti yang anda mahukan. Apabila anak-anak semakin membesar, tahap aktif mereka juga akan semakin meningkat. Ianya melibatkan tahap tenaga, selera makan semangat & juga fokus mereka kepada sesuatu aktiviti. Oleh sebab itulah kanak-kanak sangat gemar bermain kerana ini dapat membantu perkembangan mental mereka. Pada tahap ini juga kanak-kanak sudah mula memahami apa yang baik & buruk. Mereka akan cuba untuk mendekati sesuatu yang menjadi kebiasaan mereka & menjauhi atau cuba untuk memahami sesuatu yang baharu

Pada peringkat seterusnya, anak anda juga bakal mengalami perubahan dalam selera makan mereka mengikut aktiviti yang mereka jalani. Jangan risau, kanak-kanak memang cenderung untuk bermain atau melakukan sesuatu aktiviti melebihi individu dewasa. Ini kerana nutrisi yang mereka terima adalah lebih banyak & mencukupi untuk sistem peredaran badan mereka. Ianya normal sekiranya anak anda banyak makan tetapi mereka tidak mengalami obesiti. Cuba pantau adakah anak anda sangat aktif ataupun sebaliknya. Apabila mereka mula selesa dengan persekitaran yang dilalui, mereka juga akan turut menyesuaikan diri dengan perubahan. Sebagai contoh, jika sebelum ini anak anda mudah menangis disebabkan oleh sesuatu yang mereka tidak faham atau takuti, mereka akan lebih bijak pada peringkat usia berikutnya & lebih bijak dalam menangani sesuatu situasi.

Apabila semua ini berlaku, fokus anak-anak akan lebih baik & meningkat dari masa ke semasa. Mereka akan mula menunjukkan minat terhadap sesuatu & pada masa yang sama respon mereka juga akan turut berubah mengikut situasi. Kebiasaannya, perubahan respon ini melibatkan kualiti mood mereka. Mereka sudah mampu untuk membezakan antara gembira, sedih, marah & sebagainya. Pembinaan karakter ini akan meningkat mengikut usia mereka & ia juga bakal meningkatkan ketahanan fizikal & mental mereka. Namun begitu, bagaimanakan caranya untuk anak anda memperoleh kesemua perkembangan ini dengan lancar? Jangan risau, ada caranya.

Pernahkah anda dengar tentang suplemen rangsangan minda untuk kanak-kanak? Sekiranya tidak, ini merupakan peluang yang baik untuk anda mengenali produk keluaran bumiputra ini iaitu Al-Fateh Junior. Al-Fateh Junior adalah gula-gula pastil bervitamin yang dilengkapi dengan pelbagai nutrisi daripada makanan sunnah. Ianya sama seperti gula-gula kenyal yang berada di pasaran, bezanya ialah Al-Fateh Junior adalah jauh lebih berkhasiat berbanding gula-gula biasa. Al-Fateh Junior dirumus khas untuk kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun & ianya sudah boleh diamalkan semenjak daripada usia 6 bulan lagi. Apabila anak anda sudah mampu menerima makanan pejal, pastil ini boleh dicairkan di dalam makanan atau minuman mereka untuk mendapatkan zat penuhnya.

Al-Fateh Junior merupakan gabungan daripada makanan sunnah seperti madu, kismis, safron, gam arab & juga delima. Kesemua bahan ini mempunyai kesan yang berbeza Cuma ianya dihasilkan di dalam 1 pastil yang bukan sahaja mudah dikunyah, malah turut mempunyai rupabentuk yang menarik minat kanak-kanak. Keberkesanan pastil ini terbukti mampu meningkatkan ketahanan badan anak anda, merangsang daya ingatan & hafalan dalam pembelajaran, meningkatkan kecergasan otak, membekalkan tenaga yang penuh untuk anak anda menjalani aktiviti harian mereka, bersifat antibakteria untuk merangsang sistem imunisasi kanak-kanak, melancarkan peredaran darah & juga meningkatkan tahap penglihatan pada masa yang sama merangsang daya perhatian mereka agar lebih fokus dalam pembelajaran.

Sebotol Al-Fateh Junior dilengkapi dengan 30 biji pastil. Ianya baik dimakan pada waktu pagi sebelum sarapan ataupun pada malam hari sebelum tidur. Setiap ibu bapa sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka & inilah pilihan yang terbaik untuk perkembangan anak anda. Pastinya berkhasiat & memberikan kebaikan yang unik khas untuk perkembangan anak anda. Jangan ragu-ragu lagi, dapatkan sekarang Al-Fateh Junior. Jangan risau, produk ini adalah halal & mendapat pengiktirafan. Ianya tidak mempunyai bahan sintetik yang merbahaya. 100% bahan organik & selamat untuk dimakan.

wasap.my/+60194025230

wasap.my/+60194025230

wasap.my/+60194025230

.